Mesej Nazir


Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakaatuh,

Pertamanya saya panjatkan ucapan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya laman blog rasmi Masjid Kg. Klang Gate Baru ini berjaya dizahirkan juga akhirnya. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan tuan melayari laman blog ini dan berharap agar tuan semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Laman blog rasmi Masjid Kg. Klang Gate Baru merupakan satu mercu tanda bagi penyebaran yang berkesan terhadap "Kefahaman Islam" yang tepat melalui pelbagai usaha dan kegiatan seperti kelas-kelas kuliah, tazkirah, sambutan-sambutan hari kebesaran islam, forum dan sebagainya.

Arus perkembangan dunia ICT yang begitu pesat di dunia tanpa sempadan ini menyaksikan perubahan ketara terhadap teknologi komunikasi yang membolehkan semua masyarakat dunia mendapatkan sebarang maklumat yang dicari dengan cepat, tepat dan mudah.

Dengan terciptanya laman blog ini, pihak Masjid Kg. Klang Gate Baru mengalu-alukan era maklumat segera dan tidak terhad ini. Terbinanya laman blog ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat terkini dan dapat mengenali Masjid Kg. Klang Gate Baru dengan lebih dekat lagi.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua warga Masjid Kg. Klang Gate Baru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam menzahirkan dan menjayakan laman blog rasmi ini.

Insyaallah, laman web ini akan terus dipertingkatkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

TUAN HAJI NASARUDDIN HAJI ARSHAD
NAZIR MASJID KG. KLANG GATE BARU
Email: nasdee@streamyx.com
No Tel: 013 - 397 8865