Sunday, March 14, 2010

Senarai Penolong Amil Kariah Kg. Klang Gate Baru

BIL NAMA NO TELEFON
1 Tuan Hj. Mohd Nasarudin Bin Hj. Mohd Arshad 013 397 8865
2 En. Wan Mohd Hasanul Isyraf B Wan Yusoff
012 952 7549 /
019 371 8390
3 En. Azman Mohd Salleh 012 261 3759
4 En. Abdullah Bin Shaari 017 330 5098
5 Ustaz Mohd Noor Bin Samat 012 649 7176
6 En. Mohd Sakri Bin Dollah
012 206 2407
7 En. Mohd Roshidi Bin Yazan 013 668 5826
8 En Rosli Bin Yunus 012 310 1774

Bancian Zakat Asnaf Fakir dan Miskin 2010

Assalammulaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

Tuan/puan yang dirahmati Allah sekalian. Adalah dimaklumkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang dalam proses mendaftarkan dan mengemaskini data-data golongan asnaf fakir dan miskin di Kariah Kg Klang Gate Baru. Sehubungan dengan itu, satu pasukan Amil Kariah yang telah dilantik dan diluluskan oleh LZS akan membuat bancian, siasatan dan lawatan kerumah golongan fakir & miskin yang tinggal di Kariah Kg Klang Gate Baru.

Bagi mereka yang telah disenaraikan mendapat agihan zakat pada tahun 2009, maklumat mereka akan dikemaskini. Tujuan bancian dan siasatan ini dijalankan adalah untuk membantu golongan fakir dan miskin mendapat hak mereka sebagai Asnaf yang layak mendapat agihan zakat.

Sebagai langkah mengenalpasti golongan fakir dan miskin, Pasukan Amil Kariah akan mendapatkan maklumat daripada Senarai Asnaf 2009, daripada Ketua Kampung dan daripada sesiapa sahaja yang ada maklumat fakir dan miskin.

Tuan/puan boleh mendapatkan “BORANG ADUAN PERMOHONAN FAKIR DAN MISKIN” di Masjid Kg. Klang Gate Baru, dari Penolong Amil Kariah, dari Ketua Kampung dan dari Nazir. Setelah borang lengkap diisi, ia mestilah mendapat pengesahan dari Nazir atau Ketua Kampung, kemudian diserahkan kepada mereka (iaitu Nazir dan Ketua Kampung).

Seterusnya, Pasukan Penolong Amil Kariah akan mendapatkan borang yang telah tuan/puan isi dari Nazir dan Ketua Kampung untuk proses semakan, bancian, siasatan dan lawatan kerumah.

Bagi fakir dan miskin yang sedang keuzuran dan tiada kelapangan. Mereka boleh meminta wakil untuk mengisi borang ini bagi pihak mereka. Kami juga mengalu-alukan bantuan dari sesiapa sahaja yang bermaustatin di Kg. Klang Gate Baru untuk melaporkan kepada kami melalui borang yang disediakan.

Tuan/puan yang dikasihi sekalian, tarikh akhir aduan permohonan ialah pada 26 Mac 2010. iaitu dalam tempoh 14 hari dari sekarang (12 Mac 2010), dan selepas itu Penolong Amil kariah akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan yang keseterusnya.

Sebarang makluman akan dimaklumkan dari masa kesemasa melalui papan kenyataan masjid. Semoga usaha kita yang tak seberapa ini, inshaAllah mendapat kerberkatan dari Allah S.W.T

Sekian, terimakasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


TUAN HAJI NASARUDDIN HAJI ARSHAD
NAZIR MASJID KG. KLANG GATE BARU
Email: nasdee@streamyx.com
No Tel: 013 - 397 8865

Tuesday, March 2, 2010

Majlis Maulidul Rasul Kg. Klang Gate Baru - Anjuran JKKK dan Masjid



Jemaah sedang menikmati jamuan maulidul rasul

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sedang menyampaikan ceramah maulidul rasul

Jemaah sedang berselawat

Jemaah sedang berselawat

Jemaah sedang berselawat

Ust. Mohd Noor Bin Samat menyampaikan aluan ceramah maulidul rasul