Wednesday, June 30, 2010

Sumbangan Ihya' Ramadhan 1431H

Bulan Ramadhan ialah bulan yang dipenuhi rahmat, keberkatan dan keampunan. Ramadhan sentiasa dinantikan oleh kita semua. Kelebihan bulan Ramadhan perlu diterapkan di dalam hati dan kehidupan muslim agar dapat menjadi mukmin yang sejati.

Justeru, bersempena dengan bulan Ramadhan ini, pihak Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid telah merancang beberapa aktiviti bertujuan menyemarakkan nilai ibadah bagi memburu keredhaan Ilahi dan membentuk insan yang cemerlang.

Program Ihya' Ramadhan 1431H adalah bertemakan 'Ramadhan Bentuk Islam Cemerlang' adalah berasaskan lima (5M) objektif utama iaitu;

- Menghidupkan suasana di bulan Ramadhan.
- Mewujudkan penghayatan Ramadhan dikalangan anak kariah.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk menghidupkan suasana ibadah.
- Meraikan peserta tadarrus dan khatam Al-Quran, dan
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara anak kariah.

Melalui aktiviti-aktiviti berikut;

  1. Iftar Ramadhan (berbuka puasa beramai-ramai)
  2. Solat Terawih.
  3. Tahlil Arwah
  4. Persegaran selepas solat Terawih dan Tahlil (moreh).
  5. Tadarrus Al-Quran.
  6. Tazkirah Ramadhan, Dhuha dan Jumaat.
  7. Memburu Lailatul Qadar (Qiamullail) di 10 malam terakhir.
  8. Bersahur beramai-ramai di 10 malam terakhir.
  9. Majlis khatam Al-Quran

Kursus SPIES AJK Masjid Negeri Selangor

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid akan mengikuti kursus Spritual, Physical, Intellectual, Emotional and Social (SPIES) di Lembah Azwen Resort selama dua hari satu malam, pada 3 hingga 4 Julai 2010 (sabtu dan ahad).

Antara pengisian kursus adalah;
  1. Kecerdasan Spiritual asas kepada SPIES.
  2. Solat Khusyuk sebagai pemangkin kecerdasan spiritual.
  3. Latihan pembangunan perancangan strategik: Masjid sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan.
  4. Membangun perancangan strategik: Masjid sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan.
  5. Qiyamullail.
  6. Pembentangan Perancangan Strategik.
  7. Resolusi.

Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid yang akan menyertai ialah;

  1. Tuan Haji Nasarudin Bin Haji Mohd Arshad (Nazir)
  2. En. Wan Mohd Hasanul Isyraf B Wan Yusoff (Timbalan Nazir)
  3. En. Mohd Roshidi Bin Yazan (Ketua Pemuda)
  4. En. Mohd Termizi Bin Idrus (Imam II)
  5. En. Zahari Bin Desa (AJK)
  6. En. Sazali Bin Saip (AJK)
  7. En. Rusli Bin Yunus (Pemeriksa Kira-kira II)

Friday, June 4, 2010

Majlis Berbuka Puasa Sunat Bersama Adun Hulu Kelang - 3 Jun 2010

Kanan: Yb. Saari Sungip (Adun Hulu Kelang)
Kelihatan Tuan Imam III (tengah) sedang meni'mati juadah berbuka puasa.

Muslimat juga turut hadir berbuka puasa bersama



Partisi Pejabat Pentadbiran Masjid

Kerja Partisi Pejabat Untuk Kegunaan Pentadbiran Masjid