Thursday, March 29, 2012

Tempahan Kain Rentang Untuk Mesyuarat Agung Khas


Insha Allah, kain rentang ini siap petang esok, dan akan dipasang di sekitar kariah pada 30 Mac 2012 jam 10:00 malam.

Saturday, March 17, 2012

Peta Kariah Masjid


Tuan / Puan yang berada dalam Kariah Kampung Klang Gate Baru, dipersilakan membuat pendaftaran Anak Kariah di halaman pendaftaran atau di halaman bit.ly atau secara manual dengan mendapatkan Borang Pendaftaran di masjid. Setiap pendaftaran yang direkodkan akan disemak serta disahkan oleh Ketua Kampung dan Nazir.

Monday, October 17, 2011

Korban / Aqiqah 1432H di Masjid Kampung Klang Gate Baru

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan semoga tuan sekeluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

Saya bagi pihak Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah, mempersilakan tuan menunaikan Ibadah Qurban / Aqiqah 1432H di Masjid Kampung Klang Gate Baru.Sehubungan dengan itu, "Borang Penyertaan dan Maklumat Korban / Aqiqah" boleh dimuat turun dengan mengklik hiper-rangkai dibawah ini;

Borang Qurban 1432H - Di Guna Pakai.pdf

Kami berbesar hati ingin berkongsi maksud hadith dibawah ini dengan tuan;

Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati.

(Rujukan: http://www.islam.gov.my/e-hadith)

Sekian, jazakallah khairan kathira.

Wassalam.

Yang ikhlas,

T.T

Hasanul Isyraf
Timbalan Nazir
Masjid Kampung Klang Gate Baru.
S.k Nazir