Saturday, May 22, 2010

Riadah Masjid - Berjalan kaki ke Bukit Taman Melawati


Assalamualaikum, kami Jawatankuasa Kariah (JK) ingin mempersilakan tuan-tuan mendaki Bukit Taman Melawati pada 23 Mei 2010, iaitu pada hari ahad (esok). Tuan-tuan yang berminat menyertai kami, bolehlah berkumpul di masjid jam 7:30 pagi, inshaAllah kita akan mula mendaki 7:45 pagi. - Bagi... pihak Pengerusi Riadah (Tn. Sazali).

Perlawanan Futsal Antara Jawatankuasa Kariah Daerah Gombak

Pasukan futsal Jawatankuasa Kariah masjid sedang bersarapan.

Yb. Adun bertemu mata dengan pemain-pemain.

Barisan pasukan Jawatankuasa Kariah daerah Gombak. Pasukan Jawatankuasa Kariah kita berjersi warna putih.

Ada pemain kita yang terjatuh.

Pasukan kita hebat bermain, beroleh kedudukan yang ketiga.

Tuesday, May 18, 2010

Islam Untuk Semua

Othman Kong Abdullah atau Low Yoong Kong (6 dari kiri) telah memeluk Islam pada 18 Mei 2010.

Muhammad Yusoff Chin Abdullah atau Siah Chin (kanan) telah memeluk Islam pada 13 Mei 2010

InshaAllah, beliau akan dihubungi dan dibimbing oleh Jawatankuasa Biro Dakwah Masjid Kg. Klang Gate Baru, yang dipengerusikan oleh Imam III kita iaitu Tuan Hj. Salehuddin Jawati dan Ustaz Hj. Mohd Noor Bin Samat. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan.

Karpet Baru Telah Siap Dipasang

Bahagian hadapan.

Jemaah sedang menunggu ketibaan ustaz yang mengajar kitab Kifayatul Muhtadi

Sunday, May 16, 2010

Riadah Masjid - Berjalan kaki ke Bukit Taman Melawati

Bertolak ke Bukit Taman Melawati, dipimpin oleh Tuan Pengerusi Biro Riadah iaitu Tuan Sazali, beliau seorang pesara tentera.

Tuan Setiausaha seorang yang tabah. Sampai juga ke puncak walaupun kali pertama mendaki. Hebat... Hebat...

Turun dari puncak.

Senaman di puncak dipimpin oleh Tuan Bendahari (Tuan Esa), beliau juga adalah seorang pesara tentera.

Berdiri dari kiri: Tuan Pemeriksa Kira-Kira (Saudara Rusli), Tuan Pengerusi Hal Ehwal Belia (Saudara Roshidi), Tuan Muazzin (Ust. Noor), Abang Ali, Tuan Bendahari (Saudara Esa), Tuan Imam III (Ust. Salehudin).
Duduk dari kiri: Tuan Setiausaha (Saudara Azman), Anak Ust. Noor, Tuan Pengerusi Biro Riadah (Saudara Sazali), Pemuda Mithali.
*Tuan Timbalan Nazir tengah ambil gambar.

Gotong Royong & Pemasangan Karpet Baru

Karpet lama

Separuh karpet lama telah dibuang.

Karpet lama ini ditawarkan secara percuma kepada yang berminat sebelum dilupuskan.

Kerjasama membuang karpet lama. Hebat!

Tuan Haji Nazir dan Pemuda Mithali kita saling bekerjasama.

Karpet baru sedang dipasang.

Jemaah mengangkat almari, geng musafir tabligh juga membantu. Hebat.. Hebat..

Tuan Haji Nazir dan Tuan Pemeriksa Kira-Kira


Saturday, May 15, 2010

Jemputan Mendaki Bukit Taman Melawati

Assalamualaikum, kami Jawatankuasa Kariah (JK) ingin mempersilakan tuan-tuan mendaki Bukit Taman Melawati pada 16 Mei 2010, iaitu pada hari ahad (esok). Tuan-tuan yang berminat menyertai kami, bolehlah berkumpul di masjid jam 7:30 pagi, inshaAllah kita akan mula mendaki 7:45 pagi. - Bagi pihak Pengerusi Riadah (Tn. Sazali).

Tawaran Karpet Terpakai - Percuma!

Assalamualaikum, pihak Jawatankuasa Kariah (JK) dengan sukacitanya ingin menawarkan karpet terpakai kepada tuan-tuan semua. Jika tuan-tuan berminat, dipersilakan untuk datang mengambilnya di hadapan masjid. Sekian, terimak kasih.