Sunday, August 22, 2010

Program Mesra Ramadhan Belia 1431H

Program ini adalah hasil kerjasama Masjid Kg. Klang Gate Baru dan Briged Amal Selangor (iaitu salah satu NGO naungan Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan).

Program ini diadakan pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431H, bermula 8:30 pagi sehingga Iftar Ramadhan. Ia disertai oleh belia dan beliawanis Kg. Klang Gates Baru, Taman Melawati dan juga kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kariah masjid.

Antara pengisian yang berjaya diikuti oleh belia dan beliawanis kita ialah;

- Ice Breaking
- Smart Solat
- Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk
- Memasak dan Membungkus Bubur Lambuk

Tahniah pada belia dan beliawanis kerana berjaya menjayakan Program Mesra Ramadhan Belia 1431H dengan bersemangat sekali. Semangat yang ditunjukkan oleh adik-adik semua diluar dugaan kami. Kami berdoa semoga adik-adik menjadi pemimpin masa depan yang bakal memimpin masjid kita, kampung kita, bangsa kita, dan negara kita.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sekitar 11 Ramadhan;

Yb. Tuan Haji Saari Sungib memberi semangat pada belia dan beliawanis kita.
Gembira mefaraidkan hadiah-hadiah yang diterima dari Yb. Adun
Tuan Haji Nasarudin Bin Haji Arshad (Nazir) sedang membasuh tudung periuk.

Kursus Solat
Bubur lambuk yang telah dibungkus oleh belia dan beliawanis kita.
Tuan Imam III
Ice Breaking
Menekuni pengisian
Ustaz dan Ustazah sedang mengajar menggunakan alat bantu mengajar sepert skrin LCD dan Komputer Riba
Sedang menampal pelekat pada tudung bekas bubur lambuk.
Gembira: Anak Tuan Bilal I bersama Abu
Beliawanis membungkus bubur lambuk.
Pengarah Briged Amal Selangor sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.
Menunggu azan Maghrib

Wednesday, August 11, 2010

Ketibaan Ramadhan al-Mubarak 1431H

6:35 pagi, hamba Allah membaca ayat-ayat suciNya. Subhanallah.
Jemaah beratur untuk mengambil juadah berbuka puasa.
Melentur buluh dari rebung
Tuan Nazir menyampaikan ucapan alu-aluan kepada sidang jemaah sempena menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak 1431H
Sidang jemaah mendengar ucapan aluan dari Tuan Nazir dan bersedia untuk solat terawih.
Tuan Bila mendengar bacaan kanak-kanak. Katanya, "anak-anak sudah pandai baca quran"
Halaqat tadarrus dewasa juga ada beberapa kumpulan.

Saturday, July 24, 2010

Persiapan menyambut Ramadhan al-Mubarak

Tuan Bilal (Hj Mohd Noor Bin Samat) memasang banting, Tuan Pemeriksa memegang tangga memastikan keselamatan Ust. Noor.
Tuan Pemeriksa Kira-Kira memanjat tangga untuk memasang banting, Tuan Bilal memegang tangga bagi memastikan keselamatan Tuan Pemeriksa Kira-Kira. Kebetulan Tuan Kamaruzan lalu disitu, beliau singgah memberi sokongan moral.
Tuan Imam II cuba membaca al-Quran untuk persiapan solat istirehat (terawih), diperhatikan Tuan Hj Nazir, Tuan Bendahari, Mohd Faizal dan Abu.
Tuan Pemeriksa Kira-Kira sedang mengikat banting menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak yang kita rindui.
Tuan Bilal dan Tuan Bendahari memasang banting menyambut Ramadhan al-Mubarak.