Sunday, May 16, 2010

Gotong Royong & Pemasangan Karpet Baru

Karpet lama

Separuh karpet lama telah dibuang.

Karpet lama ini ditawarkan secara percuma kepada yang berminat sebelum dilupuskan.

Kerjasama membuang karpet lama. Hebat!

Tuan Haji Nazir dan Pemuda Mithali kita saling bekerjasama.

Karpet baru sedang dipasang.

Jemaah mengangkat almari, geng musafir tabligh juga membantu. Hebat.. Hebat..

Tuan Haji Nazir dan Tuan Pemeriksa Kira-Kira


Saturday, May 15, 2010

Jemputan Mendaki Bukit Taman Melawati

Assalamualaikum, kami Jawatankuasa Kariah (JK) ingin mempersilakan tuan-tuan mendaki Bukit Taman Melawati pada 16 Mei 2010, iaitu pada hari ahad (esok). Tuan-tuan yang berminat menyertai kami, bolehlah berkumpul di masjid jam 7:30 pagi, inshaAllah kita akan mula mendaki 7:45 pagi. - Bagi pihak Pengerusi Riadah (Tn. Sazali).

Tawaran Karpet Terpakai - Percuma!

Assalamualaikum, pihak Jawatankuasa Kariah (JK) dengan sukacitanya ingin menawarkan karpet terpakai kepada tuan-tuan semua. Jika tuan-tuan berminat, dipersilakan untuk datang mengambilnya di hadapan masjid. Sekian, terimak kasih.