Thursday, March 29, 2012
Tempahan Kain Rentang Untuk Mesyuarat Agung Khas
Saturday, March 17, 2012
Peta Kariah Masjid
Monday, October 17, 2011
Korban / Aqiqah 1432H di Masjid Kampung Klang Gate Baru
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan semoga tuan sekeluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah.
Saya bagi pihak Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah, mempersilakan tuan menunaikan Ibadah Qurban / Aqiqah 1432H di Masjid Kampung Klang Gate Baru.Sehubungan dengan itu, "Borang Penyertaan dan Maklumat Korban / Aqiqah" boleh dimuat turun dengan mengklik hiper-rangkai dibawah ini;
Borang Qurban 1432H - Di Guna Pakai.pdf
Kami berbesar hati ingin berkongsi maksud hadith dibawah ini dengan tuan;
Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati.
(Rujukan: http://www.islam.gov.my/e-hadith)
Sekian, jazakallah khairan kathira.
Wassalam.
Yang ikhlas,
T.T
Hasanul Isyraf
Timbalan Nazir
Masjid Kampung Klang Gate Baru.
S.k Nazir
Thursday, September 15, 2011
Jemputan Rumah Terbuka Kampung Klang Gate Sempena Aidilfitri 1432H
Assalamualaikum
Bersempena sambutan Aidilfitri 1432H, dan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Sukacita dimaklumkan, pihak JKKK, Masjid dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi, menjemput tuan sekeluarga datang ke Jamuan Hari Raya, atau Rumah Terbuka Kampung Klang Gate Baru.
Majlis ini akan diadakan pada 25hb September 2011, iaitu hari Ahad, masa 1:00 petang hingga 5:00 petang. Tempatnya di Perkarangan Belakang Masjid ini.
Dikesempatan ini juga, besarlah harapan kita, mohon tuan panjangkan jemputan ini kepada jiran-jiran berdekatan dengan rumah.
Kita sangat mengalu-alukan jika sesiapa yang ingin membawa kueh mueh, biskut raya dan sebagainya untuk memeriahkan lagi suasana rumah terbuka.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullah
B.P Nazir
Wan Mohd Hasanul Isyraf B Wan Yusoff
Tim. Nazir
Thursday, July 28, 2011
Saturday, November 20, 2010
Program Cuti Sekolah Tahun 2010
Program Dauroh Kefahaman Islam dan Penghayatan Al-Quran Remaja Masjid
TUJUAN
Remaja adalah aset utama dalam pembinaan ketamadunan sesuatu bangsa. Tamadun yang hendak dibina pula biarlah yang diredhai Allah. Maka pembinaan generasi ini adalah amat penting bagi menjamin lahirnya generasi yang mampu melonjakkan bangsa. Pelbagai program dirangka bagi membawa generasi ini ke arah mendekati agama. Ianya bukan suatu alternative kepada program yang sedia ada bahkan suatu kewajipan yang perlu diikuti oleh generasi muda.
LATAR BELAKANG
1. Remaja dalam ruang waktu yang ada kebanyakkan masa dihabiskan disekolah. Sistem persekolahan yang ada didapati kurang membantu remaja dalam menghayati ajaran agama Islam. Ini disebabkan terlalu banyak factor yang menyebabkan pelajaran agama bukan sesuatu yang istimewa untuk dihayati. Program pengisian masa cuti atau lapang kepada remaja perlu diambil peluang oleh ibu bapa untuk mencari ruang pengisian yang bermanfaat, Maka program Daurah Kefahaman dan Penghayatan Islam Remaja Masjid adalah yang terbaik berbanding dengan program yang ada di pasaran ketika ini.
2. Masjid dijadikan pusat transformer ummah di Negeri Selangor. Hanya melalui program keagamaan yang disediakan mampu merubah landskap masyarakat setempat., Melalui program ini daurah penghayatan Islam yang mensasarkan remaja perlu mendapat kerjasama erat daripada pihak masjid dalam pelaksanaannya. Jika ini dapat dilakukan Maka dengan sendiri masjid akan berperanan dalam menjana ummah terutama golongan remaja dalam program pengimarahannya. Erti kata lain selain membawa remaja mendekati masjid, ianya juga dilihat mampu menjadi program jangka panjang untuk mereka jika di olah dengan lebih terancang.
OBJEKTIF
1. Untuk memberikan pilihan yang lebih baik kepada ibubapa dalam mengisi program masa cuti anak-anak.
2. Untuk mendekatkan remaja kepada program yang diaturkan oleh pihak masjid bersama Jabatan Agama Islam Selangor.
3. Meningkatkan program pengimarahan masjid oleh remaja dalam kariah.
ANJURAN
Masjid Kg. Klang Gate Baru dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
JANGKAMASA PROGRAM
Tarikh: 29 November hingga 24 Disember 2010
Hari: Isnin higga Jumaat (20 Hari / 4 Minggu)
Masa: 8:30 pagi hingga 1:00 petang
PENYERTAAN
Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 10 tahun hingga 18 tahun.
YURAN
Hanya RM20.00 sahaja.
PENGISIAN PROGRAM
1. Bab Feqah Ibadah, Toharoh dan solat.
2. Bab Tajwid dan hukum bacaan
3. Bab Akidah
4. Bab Sirah (Kisah Tauladan)
5. Bab Akhlak seorang muslim dan muslimah
6. Amali Toharoh
7. Amali Solat
8. Bacaan Al-Quran, Iqra Hafazan dan Tasmi’ Hafazab
9. Selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W
10. Zikir Munajat
11. Doa Mathurat
12. Bacaan Asmaul Husna
13. Riadhah / Senaman Ringan
HUBUNGI
Wakil Pemuda Masjid
Mohd Roshidi Bin Yazan
Telefon: 013-668 5826
Nazir
Haji Nasarudin Bin Arshad
Telefon: 013-397-8865
Blog: http://masjidklanggate.blogspot.com/
E-mail: masjidklanggate@gmail.com
Sunday, August 22, 2010
Program Mesra Ramadhan Belia 1431H
Program ini adalah hasil kerjasama Masjid Kg. Klang Gate Baru dan Briged Amal Selangor (iaitu salah satu NGO naungan Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan).
Program ini diadakan pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431H, bermula 8:30 pagi sehingga Iftar Ramadhan. Ia disertai oleh belia dan beliawanis Kg. Klang Gates Baru, Taman Melawati dan juga kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kariah masjid.
Antara pengisian yang berjaya diikuti oleh belia dan beliawanis kita ialah;
- Ice Breaking
- Smart Solat
- Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk
- Memasak dan Membungkus Bubur Lambuk
Tahniah pada belia dan beliawanis kerana berjaya menjayakan Program Mesra Ramadhan Belia 1431H dengan bersemangat sekali. Semangat yang ditunjukkan oleh adik-adik semua diluar dugaan kami. Kami berdoa semoga adik-adik menjadi pemimpin masa depan yang bakal memimpin masjid kita, kampung kita, bangsa kita, dan negara kita.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sekitar 11 Ramadhan;
Yb. Tuan Haji Saari Sungib memberi semangat pada belia dan beliawanis kita.
Gembira mefaraidkan hadiah-hadiah yang diterima dari Yb. Adun
Tuan Haji Nasarudin Bin Haji Arshad (Nazir) sedang membasuh tudung periuk.
Kursus Solat
Bubur lambuk yang telah dibungkus oleh belia dan beliawanis kita.
Tuan Imam III
Ice Breaking
Menekuni pengisian
Ustaz dan Ustazah sedang mengajar menggunakan alat bantu mengajar sepert skrin LCD dan Komputer Riba
Wednesday, August 11, 2010
Ketibaan Ramadhan al-Mubarak 1431H
6:35 pagi, hamba Allah membaca ayat-ayat suciNya. Subhanallah.
Jemaah beratur untuk mengambil juadah berbuka puasa.
Melentur buluh dari rebung
Tuan Nazir menyampaikan ucapan alu-aluan kepada sidang jemaah sempena menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak 1431H
Sidang jemaah mendengar ucapan aluan dari Tuan Nazir dan bersedia untuk solat terawih.Saturday, July 24, 2010
Persiapan menyambut Ramadhan al-Mubarak
Tuan Bilal (Hj Mohd Noor Bin Samat) memasang banting, Tuan Pemeriksa memegang tangga memastikan keselamatan Ust. Noor.
Tuan Pemeriksa Kira-Kira memanjat tangga untuk memasang banting, Tuan Bilal memegang tangga bagi memastikan keselamatan Tuan Pemeriksa Kira-Kira. Kebetulan Tuan Kamaruzan lalu disitu, beliau singgah memberi sokongan moral.
Tuan Imam II cuba membaca al-Quran untuk persiapan solat istirehat (terawih), diperhatikan Tuan Hj Nazir, Tuan Bendahari, Mohd Faizal dan Abu.
Tuan Pemeriksa Kira-Kira sedang mengikat banting menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak yang kita rindui.
Tuan Bilal dan Tuan Bendahari memasang banting menyambut Ramadhan al-Mubarak. Thursday, July 15, 2010
Wednesday, June 30, 2010
Sumbangan Ihya' Ramadhan 1431H
Bulan Ramadhan ialah bulan yang dipenuhi rahmat, keberkatan dan keampunan. Ramadhan sentiasa dinantikan oleh kita semua. Kelebihan bulan Ramadhan perlu diterapkan di dalam hati dan kehidupan muslim agar dapat menjadi mukmin yang sejati.
Justeru, bersempena dengan bulan Ramadhan ini, pihak Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid telah merancang beberapa aktiviti bertujuan menyemarakkan nilai ibadah bagi memburu keredhaan Ilahi dan membentuk insan yang cemerlang.
Program Ihya' Ramadhan 1431H adalah bertemakan 'Ramadhan Bentuk Islam Cemerlang' adalah berasaskan lima (5M) objektif utama iaitu;
- Menghidupkan suasana di bulan Ramadhan.
- Mewujudkan penghayatan Ramadhan dikalangan anak kariah.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk menghidupkan suasana ibadah.
- Meraikan peserta tadarrus dan khatam Al-Quran, dan
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara anak kariah.
Melalui aktiviti-aktiviti berikut;
- Iftar Ramadhan (berbuka puasa beramai-ramai)
- Solat Terawih.
- Tahlil Arwah
- Persegaran selepas solat Terawih dan Tahlil (moreh).
- Tadarrus Al-Quran.
- Tazkirah Ramadhan, Dhuha dan Jumaat.
- Memburu Lailatul Qadar (Qiamullail) di 10 malam terakhir.
- Bersahur beramai-ramai di 10 malam terakhir.
- Majlis khatam Al-Quran
Kursus SPIES AJK Masjid Negeri Selangor
Antara pengisian kursus adalah;
- Kecerdasan Spiritual asas kepada SPIES.
- Solat Khusyuk sebagai pemangkin kecerdasan spiritual.
- Latihan pembangunan perancangan strategik: Masjid sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan.
- Membangun perancangan strategik: Masjid sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan.
- Qiyamullail.
- Pembentangan Perancangan Strategik.
- Resolusi.
Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid yang akan menyertai ialah;
- Tuan Haji Nasarudin Bin Haji Mohd Arshad (Nazir)
- En. Wan Mohd Hasanul Isyraf B Wan Yusoff (Timbalan Nazir)
- En. Mohd Roshidi Bin Yazan (Ketua Pemuda)
- En. Mohd Termizi Bin Idrus (Imam II)
- En. Zahari Bin Desa (AJK)
- En. Sazali Bin Saip (AJK)
- En. Rusli Bin Yunus (Pemeriksa Kira-kira II)
Friday, June 4, 2010
Majlis Berbuka Puasa Sunat Bersama Adun Hulu Kelang - 3 Jun 2010
Saturday, May 22, 2010
Riadah Masjid - Berjalan kaki ke Bukit Taman Melawati

Perlawanan Futsal Antara Jawatankuasa Kariah Daerah Gombak
Tuesday, May 18, 2010
Islam Untuk Semua
Muhammad Yusoff Chin Abdullah atau Siah Chin (kanan) telah memeluk Islam pada 13 Mei 2010Sunday, May 16, 2010
Riadah Masjid - Berjalan kaki ke Bukit Taman Melawati























